Home Nasional 1,897 kertas siasatan berkaitan media sosial dibuka – Abdul Jalil

1,897 kertas siasatan berkaitan media sosial dibuka – Abdul Jalil

Video tular dua wanita terjun apartmen adalah video lama berlaku di luar negara pada 2017 , menurut Bukit Aman foto FAREEZ FADZIL, 13 NOVEMBER 2018.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka 1,897 kertas siasatan melibatkan kes-kes media sosial antara Januari 2019 sehingga 22 Jun 2021

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 185 kes membabitkan institusi diraja diikuti 112 kes melibatkan kes perkauman.

“Manakala sebanyak 168 kes lagi membabitkan soal penghinaan agama, 248 kes berkaitan kerajaan dan sebanyak 1,184 kes melibatkan individu atau agensi.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 844 kes atau 44.5 peratus telah berjaya diselesaikan manakala baki 1,053 kes atau 55.5 peratus lagi masih dalam siasatan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bagi tempoh antara 18 Mac hingga 20 Jun lalu sebanyak 254 kes berita palsu berkaitan Covid-19 disiasat dan daripada jumlah tersebut sebanyak 109 kes, atau 43 peratus, berjaya diselesaikan.

Abdul Jalil berkata, JSJ Bukit Aman melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan / Undang-undang (D5), Bukit Aman bertanggungjawab memantau kandungan media sosial yang melibatkan penyebaran berita palsu atau hasutan. – MalaysiaGazette