Home Nasional Beri vaksin segera kepada pemandu e-hailing, penghantar makanan – Pemuda PH

Beri vaksin segera kepada pemandu e-hailing, penghantar makanan – Pemuda PH

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa untuk tidak sesekali mempertaruhkan nasib golongan pemandu e-hailing juga pemandu servis penghantaran makanan yang masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19 sehingga hari ini.

Itu kenyataan bersama Pemuda Pakatan Harapan daripada Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan, Howard Lee, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Akmal Nasir dan Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Nasir.

Pemuda PH kesal kerana proses vaksinasi pemandu e-hailing dan penghantar makanan ini agak lambat.

“Antara yang berhempas pulas dari pagi hinggalah malam adalah kumpulan ini lagi-lagi ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh dalam kalangan rakyat.

“Jangan lupa kumpulan ini juga mempunyai risiko tinggi dalam menyebarkan virus Covid-19 seperti pekerja industri lain juga.

“Dengan pelaksanaan progam vaksinasi fasa keempat yang bermula pada bulan ini, seharusnya pihak kerajaan memasukkan mereka kedalam fasa ini bersama-sama dengan pekerja industri sebagai langkah pencegahan wabak Covid 19,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, sambil merujuk kepada inisiatif kerajaan (Pemerkasa+) yang menjanjikan bantuan secara ‘one-off payment’ bernilai RM500 kepada hampir 100,000 pemandu teksi, bas, dan juga servis e-hailing”, kata mereka, bantuan perlu ada tambah baik.

“Kami dapati masih terdapat ruang penambahbaikan supaya nasib mereka terbela.

“Selain pemberian bantuan secara one-off, kerajaan juga seharusnya mengkaji semula kadar potongan komisyen terhadap syarikat-syarikat e-hailing.

“Kadar terkini yang memotong hampir 20 peratus daripada bayaran kepada pemandu dilihat agak tinggi dan membebankan para pemandu e-hailing.

“Cadangan kami adalah supaya kadar potongan komisyen ini dikurangkan kepada 15 peratus. Hal ini dapat membantu meringankan beban para pemandu dalam menghadapi era pandemik ini,” kata mereka. -MalaysiaGazette