Home Politik Kecam parti bukan ugutan hayat politik? – Puad

Kecam parti bukan ugutan hayat politik? – Puad

Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – ”Apakah buat sidang media kecam parti bukan ugutan untuk hayat politik?,” soal Datuk Mohd Puad Zakarshi kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mempertikaikan tindakan Biro Politik UMNO memutuskan kerajaan perlu mengadakan sidang Parlimen dalam masa 14 hari sebagai satu ugutan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, semua orang tahu Speaker perlu beri notis 28 hari untuk untuk panggil sidang Parlimen kerana itu adalah dalam keadaan normal guna peraturan mesyuarat 11(2).

Katanya, tetapi Speaker juga boleh panggil sidang Parlimen atas alasan “case of urgency” guna peraturan mesyuarat 9(2)(a) dan sidang Khas Parlimen guna Peraturan Mesyuarat 11(3).

”Maka apa masalah laksanakan titah nasihat YDP Agong agar Parlimen bersidang “secepat mungkin?.

”Apa komen Shahidan dalam Perkara 9(2)(a) dan Perkara 11(3) di atas? Jangan putar belit isu 14 hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Puad berkata, apa pun tafsiran mengenai tempoh 14 hari, UMNO tetap bertindak untuk rakyat.

Ini kerana tindakan UMNO itu selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong agar Parlimen bersidang secekat mungkin.

Semalam dalam kenyataanya, Shahidan turut mempersoalkan mengapa bukan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang memutuskan kerajaan perlu mengadakan sidang Parlimen.

Menurutnya, PNBBC menyokong pengzahiran Agong mahu sidang Parlimen diadakan segera namun berpendapat ia perlu dibuat mengikut peraturan iaitu diberi tempoh selama 28 hari.

Pada kadar itu, ia membolehkan ahli Parlimen bersiap sedia dengan soalan dan cadangan bagi membantu kerajaan dalam menangani Covid-19.

Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) menyelar keputusan UMNO itu berkata: “Kami sebagai Ahli Parlimen, kamilah sepatutnya minta disegerakan. Kita menyokong malah sebelum ini pun kita minta bersidang. Untuk Biro Politik UMNO minta diadakan dalam tempoh 14 hari adalah tidak tepat.

“Kerajaan sekarang dianggotai oleh UMNO… 20 orang timbalan menteri dan juga menteri berada di dalam kerajaan sekarang. Saya rasa kita patut bercakap bukan macam Anwar bercakap ataupun DAP bercakap,” katanya dipetik dari video Astro Awani.

Shahidan juga menyatakan kenyataannya bukan kerana geram kerana digugurkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis tetapi lebih kepada menguatkan UMNO pada masa depan.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Si Puad ni xada jawatan apa2 yg diberikan oleh Kerajaan Tu sbb da mcm org gila. Gila xada jawatan Dan xada kuasa…da jdi org gila

Comments are closed.