Home Dunia Aquino meninggal akibat diabetes

Aquino meninggal akibat diabetes

Benigno Aquino. foto Agensi

MANILA – Bekas presiden Filipina, Benigno Aquino, anak kepada dua ikon demokrasi negara Asia Tenggara, meninggal dunia di hospital Manila pada hari ini kerana kegagalan ginjal akibat diabetes, kata keluarganya.

Aquino, 61, merupakan Presiden Filipina dari 2010 hingga 2016, telah dimasukkan ke hospital pada awal hari ini.

“Dengan kesedihan yang mendalam, saya mengesahkan Benigno ‘Noynoy’ Aquino III, meninggal dunia dalam tidurnya,” kata keluarga itu dalam satu kenyataan yang dibaca oleh Pinky Aquino Abellada, salah seorang kakaknya.

Sijil kematiannya menyatakan kematiannya pada pukul 6.30 pagi kerana masalah ginjal akibat diabetes.

Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan hari ini hingga esok sebagai hari berkabung nasional dan bendera dikibar separuh tiang.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Aquino,” kata Duterte dalam ucapannya.

Dikenal sebagai Noynoy, Aquino melancarkan gelombang sokongan masyarakat kepada presiden setelah kematian ibunya, Corazon Aquino, yang menjadi presiden dari tahun 1986 hingga 1992.

Ayahnya, seorang senator adalah penentang pemerintahan Ferdinand Marcos. – MalaysiaGazette