Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menghantar 2,500 unit bakul makanan kepada penduduk Wilayah Persekutuan Labuan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, bantuan itu bagi memenuhi keperluan penduduk Labuan yang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).