Saturday, November 16, 2024
Home Politik Surat Hishammuddin tawar jadi PM palsu

Surat Hishammuddin tawar jadi PM palsu

KUALA LUMPUR – Unit Komunikasi Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menafikan Menteri Luar itu mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan diri sebagai sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, ia merupakan provokasi politik yang berniat jahat dengan mengadakan fitnah untuk mengelirukan umum.

“Surat yang tersebar yang dikaitkan dengan DS @HishammuddinH2O adalah palsu dan tidak benar,” katanya menerusi akaun Twitter hari ini.

Hari ini tular di laman media sosial surat yang mendakwa beliau telah mendapat sokongan sebulat suara Majlis Tertinggi Barisan Nasional untuk memimpin kerajaan baharu.

Surat tersebut turut menyenaraikan 34 nama Menteri Kabinet untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette