Penularan pandemik Covid-19 di negara ini memberi kesan langsung kepada kehidupan masyarakat di negara ini apabila ramai kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.
Perkara itu dialami sendiri Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Datuk Seri Ramesh Rao yang saban hari menerima panggilan daripada orang ramai meminta bantuan khususnya bekalan makanan dan perubatan.