Home Politik Musuh utama negara adalah Covid-19 – Gerakan

Musuh utama negara adalah Covid-19 – Gerakan

Dominic Lau Hoe Chai

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan menafikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan gagal dan meminta pembangkang agar tidak mengelirukan rakyat.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, kerajaan kini sedang berhempas pulas untuk mengekang penularan musuh utama negara, Covid-19 yang mana jalan penyelesaiannya adalah pemberian vaksin.

“Malah untuk makluman, kita jauh ke hadapan jika hendak dibandingkan beberapa negara jiran termasuklah Kemboja, Laos, Mynmar, Vietnam, Brunei dan juga Timor Leste.

“Setakat kini, kita sudah vaksin seramai 6.66 juta, malah saya dengar semalam ada hari kita vaksin sehingga 300,000 orang. Jika itu bukan satu kejayaan jadi apakah itu? Pembangkang suka sangat politikkan semuannya. Be fair to us (adilah pada kami),” katanya selepas Program Kasih Kenyang hari ini.

Tambah beliau, kerajaan mungkin mampu untuk memberi vaksin yang lebih banyak jika bekalannya mencukupi.

Menurut Dominic, Gerakan kekal fokus dalam menyelesaikan penularan virus itu dengan menggesa semua pihak menumpukan perhatian kepada proses vaksinasi populasi Malaysia.

“Musuh kita adalah Covid-19, ketepikan politik. Jika nak apa-apa, putuskan semasa Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya. -MalaysiaGazette