KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mustapa Mohamed menyerahkan kepada polis ekoran dakwaannya melangar SOP kerana singgah ke sebuah kafe di Jeli semalam.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mustapa telah dihubungi Ketua Polis Daerah Jeli hari ini memaklumkan kertas siasatan mengenainya sudah dibuka.
Pada pukul 5.30 semalam, Mustapa telah singgah di sebuah kafe di Kampung Kalai, Jeli untuk melihat bagaimana seorang pemiliknya berjaya meneruskan perniagaannya walaupun berdepan dengan PKP 3.0.
“Anak muda berusia 26 tahun ini menggunakan sepenuhnya sosial media untuk memasarkan menu yang berasaskan makanan Barat.
“Datuk Seri Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath CafĂ©, Kampung Kalai dan ekoran tersebarnya gambar mengenai kehadiran beliau di kafe tersebut,” kata kenyataan yang sama.
Justeru Mustapa yang juga Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu memohon maaf atas pelanggaran SOP.- MalaysiaGazette
Muka tak tau malu! Kat UK..menteri dia langgar SOP ketika lock down…letak jawatan..Ni Mustafa Mohammed ni mana ada rasa malu? Jadi katak pun tak malu…