Home Utama Mat Sabu stabil, gelang putih tiada kaitan Covid-19

Mat Sabu stabil, gelang putih tiada kaitan Covid-19

Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Presiden Amanah, Mohamad Sabu berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil pada Khamis lepas.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politiknya, Nasaie Ismail ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Katanya, Ahli Parlimen Kota Raja itu kini sedang berehat di wad untuk pemantauan.

Ditanya, mengenai gelang putih yang dipakai pada  tangan kanan Mohamad atau panggilannya Mat Sabu sama ada beliau menghidap Covid-19, Nasaie berkata, itu adalah gelang yang dipakai pesakit yang ditahan di wad.

“Tak, tak, tak, bukan Covid,” katanya ringkas namun enggan mengulas mengenai penyakit yang dihadapi bosnya.

Terdahulu hari ini, sekeping gambar yang menunjukkan Mohamad terlantar di atas katil di sebuah wad tular di laman sosial.

Foto itu pada mulanya dikongsikan menerusi Twitter Antonio Samad tanpa diketahui hospital mana beliau ditempatkan.

Berdasarkan pemerhatian, terdapat gelang berwarna putih yang kebiasaannya dipakaikan kepada individu yang dikesan ada kaitan dengan Covid-19 di tangan kanan Mohamad.

Manakala sebelah kiri tangannya pula terlihat drip untuk memasukkan air dan ubat yang selalu dipasang kepada pesakit yang menerima rawatan dihospital.

Kelihatan daripada raut wajah menunjukkan Mohamad penat berkemungkinan akibat sakit yang dialaminya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mat Sabu masuk wad, pakai gelang putih