Home Nasional Penasihat KJ bidas kenyataan Siti Mariah

Penasihat KJ bidas kenyataan Siti Mariah

Dimishtra Sittampalam.

KUALA LUMPUR – Kenyataan Dr Siti Mariah Mahmud kononnya Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor mungkin dihentikan dalam masa beberapa hari lagi gara-gara ketiadaan bekalan vaksin dibidas Dimishtra Sittampalam.

Penasihat Menteri Sains, Teknologi, & Inovasi (MOSTI) dan Menteri Penyelaras PICK itu berkata, tuduhan Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor itu adalah satu yang serius dan mengelirukan rakyat.

“Ini adalah tuduhan (Dr Siti Mariah) yang sangat mengelirukan dan satu fakta yang salah. Bukan niat maki untuk mempolitikkan isu ini namun ia harus segera diperbetulkan,” katanya di Twitter hari ini.

Dimishtra menjawab dakwaan Siti Mariah bahawa beberapa PPV di negeri itu mungkin akan dihentikan dalam masa beberapa hari lagi gara-gara ketiadaan bekalan vaksin.

Membidas dakwaan itu, Dimishtra berkata, kadar imunisasi di Selangor pada masa ini adalah 75.2 peratus di mana ia terendah di negara ini.

Beliau berkata, Terengganu kini berada di paras tertinggi kadar imunisasinya iaitu pada paras 90.86 peratus diikuti Pulau Pinang dengan 90.34 peratus dan Kuala Lumpur dengan 87.12 peratus.

“Selangor harus mengambil kira langkah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) yang akan mendirikan tiga lagi PPV mega yang akan 15,000 suntikan sehari,” katanya.

Pagi tadi, Siti Mariah menyelar kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin yang mendakwa negeri itu kini mengalami kekurangan vaskin.

ARTIKEL BERKAITAN:

Selangor dakwa bakal kehabisan vaksin, mungkin tutup PPV