Home Seni Hidup Kartunis ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Aie meninggal dunia

Kartunis ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Aie meninggal dunia

Allahyarham Shaari Sulong atau Aie

KUALA LUMPUR – Kartunis Shaari Sulong atau Aie yang terkenal dengan karya ‘Áku Hidup Dalam Blues’ meninggal dunia di kediamannya di Banting awal pagi tadi pada usia 49 tahun awal pagi ini.

Menurut rakan kartunisnya, Mazli Ibrahim atau Gayour, perkhabaran itu disampaikan oleh biras arwah, kartunis Manggis atau Rosli Ismail kepadanya kira-kira 4 pagi.

“Beliau memang mempunyai penyakit kencing manis dan buah pinggang serta menerima rawatan dialisis sejak lima tahun lepas, kali terakhir saya bertemu beliau ialah pada 2019, sejak COVID-19 saya hanya bertanya khabar beliau melalui WhatsApp dan panggilan telefon sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Aie pernah berkarya dalam majalah Jenakarama sebelum bersama majalah terkenal Ujang sejak 1994 hingga awal 2000.

Dalam Ujang, Aie terkenal dengan siri ‘Abe’ dan ‘Aku Hidup Dalam Blues.’ Beliau kemudian meneruskan projek kartun secara solo dan menghasilkan karya ‘Áku dan Sesuatu’ serta ‘Blues Untuk Aku’.

Anak kelahiran Johor itu meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Manggis, Banting hari ini.

— BERNAMA

 

 

1 Komen

  1. Baru aku tau dulu aku ingat “Aku Hidup Dalam Blues” abg Ujang yg punyo…org lain ruponyo

Comments are closed.