
KUALA LUMPUR – Bagi meringankan beban kewangan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kemudahan pengeluaran baharu – i-Citra diperkenalkan.
Perdana Menteri berkata, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sebanyak RM5,000 untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan.
“Pelaksanaan i-Citra ini dapat menyalurkan RM300 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan rakyat,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).
Ahli-ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai ini.
Pembayaran pertama dijangka dikreditkan kepada ahli pada bulan Ogos 2021. – MalaysiaGazette