Home Dunia Singa dijadikan haiwan peliharaan dirampas

Singa dijadikan haiwan peliharaan dirampas

Seorang lelaki warga China bersama seekor singa yang dipelihara di kediamannya di Phnom Penh.

PHNOM PENH – Pihak berkuasa Kemboja merampas seekor singa yang dipelihara secara haram sebagai haiwan peliharaan setelah tindakan seorang lelaki memeluk dan memandikan singa itu tular di media sosial.

Singa itu telah diimport oleh seorang lelaki warga China dan membesarkannya di sebuah vila di ibu kota Phnom Penh.

Pihak berkuasa telah melakukan siasatan pada bulan April selepas rakaman mengenai singa seberat 70 kilogram itu ditemui di Tik Tok.

Haiwan berusia 18 bulan itu kini dipindahkan ke pusat penyelamatan hidupan liar.

Pihak berkuasa belum mengumumkan sama ada pemiliknya akan menghadapi tindakan undang-undang.

Namun pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa orang ramai tidak ada hak untuk memelihara hidupan liar sebagai haiwan peliharaan,

Wildlife Alliance dalam kenyataan di Facebook berkata: “keadaan di rumah kediaman tidak sesuai untuk haiwan liar”.

“Selain itu, gigi taring singa yang dicabut, bersama dengan kukunya secara tidak langsung telah menjejaskan kualiti hidup haiwan tersebut,” katanya.

drastis mengurangi kualitas hidup singa,” katanya. – MalaysiaGazette