LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca helikopter miliknya jenis Fennec membuat pendaratan cemas di dalam pangkalan TLDM di sini hari ini.
Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut berlaku ketika krunya membuat penerbangan operasi pada jam 12 tengah hari tadi.
“Kesemua kru berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.
“Insiden itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan kejadian terkawal.
“Selain itu, TLDM juga akan menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” jelasnya dalam kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette