Home Nasional Lebih 2.1 juta rakyat Malaysia sudah lengkap dua dos vaksin

Lebih 2.1 juta rakyat Malaysia sudah lengkap dua dos vaksin

Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinovac kepada Orang Asli suku kaum Jakun, Noni Ghafar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Gumum, Chini, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 25 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sehingga hari ini, seramai 2,130,051 orang bersamaan 6.5 peratus telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.

Manakala kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, seramai 5,463,128 orang yang telah menerima dos pertama.

Selangor negeri tertinggi menerima kedua-dua dos vaksin iaitu 275,098 diikuti dengan Sarawak 240,232 dos.

Negeri paling kurang menerima vaksin lengkap pula adalah Labuan iaitu sebanyak 14,958 dos.

Katanya, berdasarkan rekod semalam sahaja pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 7,593,179 dos.

Fasa ketiga PICk bermula pada 21 Jun yang lalu selepas warga emas yang sudah didapati 99 peratus sudah menerima dos pertama vaksin atau pun sudah menerima janji temu vaksin.-MalaysiaGazette