Home Nasional Separuh banduan Penjara Marang akan dipindahkan ke Dungun – Hamzah

Separuh banduan Penjara Marang akan dipindahkan ke Dungun – Hamzah

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bercakap selepas membuat pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ekoran Sekatan Pergerakan Penuh Fasa Pertama di Mid Valley, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 04 JUN 2021
Datuk Seri Hamzah Zainuddinr. Foto SYAFIQ AMBAK, 04 JUN 2021

KUALA TERENGGANU – Separuh daripada banduan yang berada di Penjara Marang Terengganu akan dipindahkan ke penjara satelit di Dungun mulai 1 Julai, bagi mengurangkan kesesakan di penjara itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selain itu pihaknya juga sedang meninjau keperluan penambahan infrastruktur di Penjara Marang.

“Selepas meneliti, (didapati) Penjara Marang turut memerlukan kuarters untuk anggota dan pegawai penjara, jadi Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan peruntukan RM4 juta, antaranya untuk naik taraf 64 unit atau empat blok kuarters.

“Perkara itu akan mula dilaksanakan Oktober ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pematuhan prosedur operasi standard Fasa Satu Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara di sekitar Terengganu hari ini.

Sementara itu Hamzah berkata, KDN akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jeti Zon Maritim Kemaman, yang dijangka siap pada tahun 2022.

“Ia akan dilaksanakan bersama dua lagi projek yang dirancang, dengan jumlah RM15.4 juta, merangkumi kerja-kerja pembinaan dan naik taraf,” katanya. – Bernama