Home Politik Anwar mahu golongan terkesan Covid-19 diberi RM1,500 sebulan

Anwar mahu golongan terkesan Covid-19 diberi RM1,500 sebulan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video di Facebooknya petang tadi.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang mengusulkan golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diberi bantuan sekurang-kurangnya RM1,500.

Jumlah itu disifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai paling minimum bagi memastikan golongan B40 dan B60 mampu membeli makanan dan keperluan asas.

Dan ia mesti diberikan setiap bulan selagi PKP berjalan kerana peraturan menghalang mereka meneruskan pekerjaan akibat Covid-19.

“Kita usulkan jangan hanya beri bantuan one-off tetapi setiap keluarga yang sudah memasuki B60 ini diberikan RM1,500 sebulan. Itu paling minima. Walaupun beban pada kerajaan, tapi ini tanggungjawab dia untuk beri makan minum pada rakyat.

“Kita percaya kerajaan ada keupayaan untuk mengagihkan langsung kepada rakyat. Sebab itu kita kena ada dasar beri kelonggaran kepada rakyat untuk bayar sewa dan ansuran pinjaman supaya wang sebanyak RM1,500 itu tertumpu hanya untuk kurangkan beban,” katanya dalam video di Facebooknya petang tadi.

Menurut Anwar yang juga Presiden PKR, penyelesaian perlu ‘direct’ dari kerajaan kepada setiap isi rumah.

“Sekarang ini dah 80 peratus masuk kategori B60. Kita lihat keluarga Cina juga turut memohon bantuan makanan, beras dan gula. Ini menunjukkan parah yang dihadapi telah melebar pada seluruh masyarakat dan rakyat,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan sedia ada atau mungkin kerajaan baharu selepas ini menyediakan dasar baharu yang lebih berkesan menangani masalah rakyat dan membendung pandemiki.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. kaki temberang…mampu ke jika anwarkun jadi pm laksanakan….terlantik nanti cakap duit dari rm250juta masa 22 bulan kami pegang …hanya tinggal rm25….maka ewallet rm30 tak mampu bagi.
    oops bukan wan azizih MP dSELANGOR….DAH ArahKAN AZIZAH dn kjaan Sgor utk bayar mangsa COVID 19 tertinggi dan PKP. setiap bulan rn1500…tiada masalah beban kerana SELANGOR TERKAYA DAN MAJU…..uruskan Selangor pun GAGAL

    Dan ia mesti diberikan setiap bulan selagi PKP berjalan kerana peraturan menghalang mereka meneruskan pekerjaan akibat Covid-19…..KAMI INGAT DAN PEGANG TEMBERANGMU…..dengar dan tengok sini…Anwar mahu cakap….MALAM INI KITA MENANG …ESOK MINYAK TURUN DAN TOL PERCUMA

Comments are closed.