Home Sukan Euro 2020: England mara, Jerman merana

Euro 2020: England mara, Jerman merana

Harry Kane.

LONODN – Raheem Sterling dan Harry Kane muncul wira England selepas gol jaringan mereka membawa Three Lions mara ke suku akhir Euro 2020 apabila menewaskan Jerman 2-0  di Wembley.

Turut menyerlah, aksi Jack Grealish yang menggantikan Bukayo Saka di pertengahan babak yang memberi impak apabila pemain itu terbabit dalam gol pembukaan Sterling pada minit ke-75.

Jerman turut memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan tetapi Thomas Muller yang hanya berdepan penjaga gol Jordan Pickford menyaksikan percubaannya tersasar.

Sterling pula meledak tiga gol dalam empat perlawanan di pentas Euro 2020 dan masih berpeluang untuk memburu Kasut Emas kejohanan.