Home Nasional Program Jaringan Prihatin dilanjut hingga 31 Ogos

Program Jaringan Prihatin dilanjut hingga 31 Ogos

Finance Minister Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz BPR Bantuan Prihatin Rakyat cash aid
Tengku Zafrul Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Kerajaan melanjutkan tempoh Program Jaringan Prihatin selama sebulan hingga 31 Ogos ini.

Malah, tempoh pelaksanaan program berkenaan juga akan dipanjangkan, sehingga 31 Ogos tahun depan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Perlanjutan ini akan membolehkan pemohon BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) yang baru diluluskan untuk berdaftar dengan program Jaringan Prihatin.

“Permohonan untuk Jaringan Prihatin boleh dibuat secara dalam talian atau melalui aplikasi syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zafrul berkata, setakat 22 Jun lalu, pendaftaran bagi program tersebut telah mencecah 2.8 juta dan lebih daripada 500,000 penerima telah menerima peranti mudah alih baharu.

Katanya, secara keseluruhan, hampir RM180 juta telah disalurkan kepada golongan B40 melalui program Jaringan Prihatin untuk mengurangkan kos mendapatkan akses internet dan membantu melancarkan PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) bagi isi rumah yang mempunya anak bersekolah.

Program Jaringan Prihatin adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan ditambahbaik di bawah pakej PEMERKASA.

Semua penerima BPR layak mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih melalui 12 syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian.

Program bernilai RM3.5 bilion itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Mei lepas. – MalaysiaGazette