Home Utama Purata dua kes bunuh diri sehari dari 2019 hingga Mei 2021

Purata dua kes bunuh diri sehari dari 2019 hingga Mei 2021

Datuk Seri Abd Jalil Hassan. Foto HAZROL ZAINAL, 28 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Secara purata sebanyak dua kes bunuh diri dilaporkan setiap hari dalam tempoh 2019 hingga Mei 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, mengikut statistik terkini yangh dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 609 kes direkodkan pada  2019 dan 631 kes dilaporkan pada tahun lalu.

“Bagi tempoh lima bulan pertama iaitu tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 pula sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan.

“Ini menyaksikan secara purata sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari dalam tahun 2019 sehingga Mei 2021,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah beliau, sepanjang tempoh 2019 hingga Mei lalu, seramai 281 lelaki bunuh diri dan baki 1,427 adalah wanita yang mana 872 mangsa berumur antara 15 hingga 18 tahun manakala 668 orang berusia antara 19 hingga 40 tahun.

Sementara itu, Abd. Jalil memberitahu, Johor telah mencatatkan kes bunuh diri tertinggi pada 2019 dan tahun lalu sebanyak 101 kes.

“Manakala pada tahun 2021 (Januari hingga Mei 2021) pula, negeri Selangor telah mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 117 kes,” ujarnya.

Kata beliau, siasatan polis mendapati punca utama yang menyebabkan kejadian bunuh diri ialah mangsa menghadapi masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan.

“Cara atau kaedah membunuh diri yang kerap berlaku kepada mangsa berdasarkan statistik PDRM adalah gantung diri sebanyak 75.1 peratus, terjun bangunan (13.6 peratus) dan kaedah minum racun 5.7 peratus.

“Berdasarkan trend kejadian bunuh diri yang berlaku, semua pihak yang bertanggungjawab terutamanya masyarakat harus memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini.

“Individu yang mengalami masalah seperti kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, masalah keluarga dan sebagainya haruslah diberi bantuan serta sokongan daripada pihak keluarga dan rakan-rakan terdekat,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Nabi Muhammad S.A.W memperingatkan:

    مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ، فَهْوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ، يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ تَحَسَّى سَمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ، فَسَمُّهُ فِي يَدِهِ، يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ، فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ، يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

    “Sesiapa yang sengaja terjun daripada bukit dan membunuh dirinya, akan jatuh di neraka ke dalam api dan kekal dalam keadaan tersebut; sesiapa yang meminum racun dan membunuh dirinya, dia akan membawa racun tersebut dengan tangannya dan meminumnya di neraka selama-lamanya; dan sesiapa yang membunuh dirinya dengan senjata besi, akan membawa senjata itu dan menusuk-nusuk perutnya di neraka selama-lamanya.”

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  2. Setakat ni tiada bunuh diri sebab kebuluran tak payah jadi komando melahap babi hutan, kera, atau ular untuk terus hidup, kan? Pelarian dan pati yang dilanda kemiskinan pun tak bunuh diri. Na’uzubillahi minzalik.

Comments are closed.