KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.
Perkara tersebut akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaat Menteri pada 7 Julai.
“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.
“Sehubungan dengan itu YAB Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini.
Artikel berkaitan:
- Sidang khas Parlimen sebelum 1 Ogos
- Parlimen bersidang secara hibrid akhir Ogos atau minggu pertama September
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette