Home Politik Azmin sudah ‘mati rasa’ pertahan sektor kilang masa Covid-19 – Asyraf

Azmin sudah ‘mati rasa’ pertahan sektor kilang masa Covid-19 – Asyraf

Senior Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali speaks to the media after visiting the vaccination centre at the Setia City Convention Centre in Setia Alam, Selangor under the Public-Private Partnership Covid-19 Industry Immunisation (PIKAS) programme. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 28 JUNE 2021. economic sector Covid-19
Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri didakwa sudah ‘mati rasa’ kerana masih mahu mempertahankan pembukaan kilang dalam keadaan penularan pandemik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi mempertikaikan kenapa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih tidak memahami gejolak hati rakyat.

“Menteri MITI ini rasanya sudah ‘mati rasa’! Masih mahu mempertahankan pembukaan kilang. Takkanlah masih tidak boleh memahami rasa hati rakyat yang menderita akibat PKP separa masak dan pendekatan total lockdown yang tak berapa penuh, yang ternyata gagal berterusan!” tegasnya dalam kenyataan Facebook hari ini.

Beliau mengulas laporan mengenai kenyataan Mohamed Azmin kononnya menteri kanan itu bersetuju kilang bukan masalah baru Covid-19 baru-baru ini.

Menurut Asyraf Wajdi, semua data menunjukkan punca utama penularan Covid-19 adalah daripada kilang.

“Sejak awal lagi Pemdua UMNO setuju total lockdown untuk tempoh 14-21 hari dengan syarat ada bantuan dan buatlah betul-betul.

“Rakyat sudah bosan dan letih kerana dipaksa berkurung dan berPKP selama enam bulan yang sudah meragut nyawa lebih 5,000 orang akibat Covid. Itu tidak termasuk kes-kes bunuh diri yang melangkaui angka 600 orang akibat tekanan,” katanya.

Kalau masih berdegil mahu buka kilang-kilang, katanya, tiada gunanya meneruskan PKPD ataupun total lockdown.

“Rakyat biasa dipaksa berkurung hingga menderita berulang-kali, sedangkan tauke-tauke ditatang hingga pandemik menular tiada tanda berhenti,” dakwanya.- MalaysiaGazette