Home Dunia Pesawat tentera dengan 92 penumpang terhempas

Pesawat tentera dengan 92 penumpang terhempas

Asap hitam berkepul-kepul dari lokasi nahas pesawat tentera terhempas di Jolo. foto Agensi

MANILA – Sebuah pesawat tentera yang membawa 92 orang, kebanyakan askar terhempas di selatan Filipina.

Setakat ini 17 maut di lokasi nahas di Pulau Jolo.

Manakala 40 orang dilaporkan selamat dan dibawa ke hospital tentera berhampiran.

Pesawat itu, C130 Hercules, cuba mendarat di lapangan terbang Jolo tetapi tersasar ketika melintasi landasan, kata Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana.

Api dan asap masih menjulang daripada bangkai pesawat berkenaan.

Gambar-gambar yang tular turut menunjukkan kawasan hutan berhampiran kediaman turut terbakar.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 11.30 pagi tadi, beberapa kilometer dari bandar Jolo.

Semasa kejadian pesawat pengangkut itu dari Cagayan de Oro.

“Ia terlepas dari landasan dan hilang kawalan” kata ketua tentera, Jeneral Sobejana.

Askar-askar itu adalah sebahagian daripada operasi peningkatan kehadiran tentera di selatan Filipina untuk memerangi Kumpulan Abu Sayyaf.

Jurucakap tentera berkata, setakat ini tidak ada tanda-tanda pesawat itu telah diserangT dan siasatan akan dimulakan sebaik sahaja operasi menyelamat selesai. – MalaysiaGazette