Home Ekonomi Semua kaunter LHDN dalam kawasan PKPD ditutup

Semua kaunter LHDN dalam kawasan PKPD ditutup

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua kaunter Perkhidmatan Percukaian, Kaunter Duti Setem dan Kaunter Bantuan Khas Kerajaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berada di kawasan-kawasan terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan ditutup ditutup sementara mulai esok.

Sehubungan itu, semua janji temu pelanggan yang telah diluluskan melalui sistem eJanji Temu untuk hadir ke kaunter-kaunter berkenaan adalah dibatalkan dan pelanggan perlu membuat permohonan janji temu yang baharu setelah kaunter dibuka semula.

Namun, Kaunter Pusat Bayaran akan tetap beroperasi dengan perkhidmatan dan waktu operasi yang terhad mulai jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Kaunter tersebut bagi bayaran tunai dan cek, cukai pegangan, Seniman Kembara, Cukai Keuntungan Harta Tanah Oleh Pemeroleh dan kompaun.

LHDNM berkata, talian Hasil Care beroperasi pada jam 9 pagi hingga 4 petang.

Manakala talian telefon di ibu pejabat dan pejabat cawangan ditutup sementara. – MalaysiaGazette