Bendera berkibar di angkasa, lambang negara megah ~
Malaysia dan Palestin berpisah tiada. Projek lukisan mural di dinding-dinding Gaza oleh Pusat Budaya Malaysia di bawah Cinta Gaza Malaysia. pic.twitter.com/3hbwGcL7XX
— NadirAlNuri (@NadirAlNuri) July 4, 2021
Apa yang saya kongsi di sesetengah negara adalah perkara biasa, tetapi di sini, di tanah Gaza yang terkepung ia sesuatu yang cukup bermakna.
Bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, satu projek mural telah dilaksanakan di tengah-tengah bandar yang sentiasa menjadi sasaran serangan tentera Zionis.
Berhampiran dengan bangunan yang musnah dalam pengeboman pada Mei lalu, para sukarelawan menggunakan bakat yang ada melukis Jalur Gemilang bersama dengan bendera Palestin.
Terpampang di depan mata dan menjadi perhatian sesiapa yang lalu-lalang.
Sebenarnya terdapat 10 projek seperti ini dan apa yang anda lihat adalah yang pertama dan telah dirasmikan Ketua Jawatan Kuasa Belia dan Kebudayaan, Ahmad Muheisin, satu jawatan kalau di Malaysia, Timbalan Menteri Belia dan Kebudayaan.
Sebagai satu-satunya rakyat Malaysia yang bermastautin di sini, jauh dari tanah air dan keluarga, segalanya bercampur baur.
Saya amat bangga kerana melihat lukisan kibaran tanah air dan pada masa yang sama merasa sedih mengenang penderitaan yang dialami penduduk Palestin.
Hakikatnya, mural yang terletak di salah sebuah jalan utama di bndar Gaza ini adalah simbolik keprihatinan kita semua terhadap perjuangan mereka.
Sesungguhanya Malaysia dan Palestin berpisah tiada…-MalaysiaGazette