Home Seni Hidup Spritzer ajak rakyat Malaysia daftar vaksin

Spritzer ajak rakyat Malaysia daftar vaksin

Agihan minuman Spritzer kepada pasukan keselamatan negara.

KUALA LUMPUR – Spritzer Malaysia (Spritzer), mengajak rakyat Malaysia supaya mendaftar untuk vaksinasi Covid-19 bagi melindungi diri daripada jangkitan varian baharu.

Seruan untuk mendaftar vaksinasi ini dibuat berikutan penularan varian baharu yang lebih mudah berjangkit dan lebih berbahaya.

Syarikat pengeluar air mineral ini berkata, setakat ini cuma separuh daripada penduduk negara ini yang telah mendaftarkan diri untuk divaksin.

Bagi menyokong usaha itu, Spritzer memberi sokongan dengan membekalkan air botol di seluruh negara kepada petugas barisan hadapan seperti petugas-petugas perubatan, pasukan polis, tentera dan agensi-agensi penguatkuasaan.

Di samping inisiatif-inisiatif itu, Spritzer juga menyokong pasukan Jabatan Pertahanan Awam yang ditugaskan mengebumikan mangsa Covid-19 di Lembah Klang.

Dengan kadar jangkitan yang melonjak baru-baru ini, Spritzer memahami pengorbanan yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan dan agensi penguatkuasaan semasa melaksanakan tanggungjawab mereka, terutama semasa cuaca yang sukar.

Tambah merumitkan apabila sistem penjagaan kesihatan negara mengalami kekangan  katil unit rawatan rapi, pada masa sama petugas perubatan dalam keadaan amat letih.

Sehubungan itu Spritzer berharap semua orang dapat memainkan peranan masing-masing di dalam melawan pandemik ini dengan mematuhi prosedur standard operasi seperti yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan juga mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan. – MalaysiaGazette