Home Nasional Kanser perut tahap 4, Ebit Lew pohon doakan ayahnya

Kanser perut tahap 4, Ebit Lew pohon doakan ayahnya

KUALA LUMPUR – Kanser perut yang dihidapi ayah pendakwah,  ustaz Ebit Lew kini berada di tahap empat.

Beliau yang memohon doa daripada semua rakyat Malaysia berkata, kanser telah merebak ke badan bapanya, Ibrahim Lew, yang berusia 84 tahun.

Ebit Lew menerusi akaun Instagramnya, memuat naik video yang menunjukkan beliau memakai Pakaian Perlindung Diri (PPE) ketika melawat ayahnya di hospital, berikutan masih dalam tempoh kuarantin selepas balik daripada Misi Bantuan Kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.

“Pohon doakan buat ayah saya yer..Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full PPE dan test (ujian) Covid-19 negatif. Terima kasih KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Lama lagi kuarantin,” tulisnya.

Ebit atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, beliau meminta maaf kepada ayahnya kerana tidak dapat menjaganya ketika ini.

“Maafkan ebit yer bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye.

“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak.

“Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah-ebitlew,” tambahnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Al-Bukhaari (2829) and Muslim (1914) narrated from Abu Hurayrah (may Allaah be pleased with him) that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “The martyrs are five: the one who dies of the plague, the one who dies of a stomach disease, the one who drowns, the one who is crushed beneath a falling wall, and the martyr who is killed for the sake of Allaah.”
    Ahmad (23804), Abu Dawood (3111) and al-Nasaa’i (1846) narrated that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Who do you regard as martyrs?” They said: The one who is killed for the sake of Allaah. The Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Martyrs are seven besides the one who is killed for the sake of Allaah. The one who dies of the plague is a martyr, the one who drowns is a martyr, the one who dies of pleurisy is a martyr, the one who dies of a stomach disease is a martyr, the one who is burned to death is a martyr, the one who dies beneath a falling wall is a martyr, and the woman who dies in pregnancy is a martyr.” This hadeeth was classed as saheeh by al-Albaani in Saheeh Abi Dawood.

Comments are closed.