STOCKHOLM – Kesemua penumpang termasuk seorang juruterbang dan lapan penerjun maut selepas pesawat yang membawa mereka terhempas dekat landasan Lapangan Terbang Orebro.
Kemalangan itu dipercayai berlaku sejurus pesawat itu berlepas.
“Ini adalah kemalangan yang sangat tragis. Semua orang di dalam pesawat meninggal dunia,” menurut polis.
Pesawat kecil, DHC-2 Beaver, telah disewa oleh kelab payung terjun tempatan untuk acara musim panas, lapor media tempatan.
Perdana Menteri, Stefan Lofven mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.
Ini merupakan nahas serupa yang berlaku pada tahun 2019, sembilan orang maut selepas pesawat yang membawa penerjun terhempas di barat negara ini semasa berlepas.
Siasatan mendapati kejadian berlaku kerana faktor muatan. – MalaysiaGazette