Home Sukan Javi Martinez pilih kelab Qatar

Javi Martinez pilih kelab Qatar

Javi Martinez (kanan) menyertai kelab Qatar, Qatar Sports Club.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Bayern Munich dan skuad kebangsaan Sepanyol, Javi Martinez memilih Asia sebagai destinasi baharunya apabila menyertai kelab Qatar, Qatar Sports Club.

Javi dan Bayern mencapai kata sepakat untuk tidak menyambung kontrak setelah sembilan musim beraksi bersama kelab gergasi Jerman itu sekaligus menjadikan dia sebagai ejen bebas bagi saingan musim 2021/2022.

Sepanjang menyarung jersi Bayern, pemain berusia 32 tahun itu membantu kelab tersebut memenangi beberapa kejuaraan baik di peringkat domestik atau antarabangsa seperti saingan Bundesliga (sembila kali), DFB-Pokal (lima kali), DFL-Supercup (empat kali) dan masing-masing dua kali menjulang Liga Juara-Juara Eropah, UEFA Super Cup dan FIFA Club World Cup.
Musim lalu, Qatar SC menamatkan saingan Qatar Stars League di tangga keenam sekaligus gagal untuk mendapat tempat dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim ini.

Kelab bimbingan legenda Barcelona, Xavi Hernandez iaitu Al-Sadd muncul juara dengan perbezaan 13 mata. – MalaysiaGazette