KUALA LUMPUR – Pandemik Covid-19 telah memberi impak besar dalam hampir setiap aspek kehidupan kita.
Di kala rakyat Malaysia bersama-sama menjalani gaya kehidupan yang belum pernah dihadapi sebelum ini, Domino’s Pizza’s Malaysia dengan kerjasama Etika Sdn. Bhd. (Etika) berhasrat menyebarkan kegembiraan rakyat Malaysia dengan pelancaran Peraduan Senang Menang.
Melalui peraduan ini, para pelanggan berpeluang memenangi ganjaran wang tunai dan hadiah bernilai sehingga RM250,000.
Sejajar dengan namanya, ‘Senang Menang’, peraduan berkenaan memberi peluang mudah bagi peserta untuk membawa pulang wang tunai dan hadiah.
Semakin banyak hidangan yang anda nikmati di Domino’s, semakin tinggi peluang anda untuk menang.
Seramai 11,880 orang pemenang akan dipilih secara keseluruhannya dengan 1,320 pemenang setiap minggu di mana RM500 ganjaran wang tunai akan dihadiahkan kepada 20 peserta teratas yang berjaya mengumpulkan mata ganjaran tertinggi.
Domino’s dan Etika turut memberikan 300 pizza lazat saiz sederhana dan 1000 botol minuman (1.5L) Pepsi yang menyegarkan setiap minggu kepada para peserta dengan jumlah mata ganjaran terkumpul seterusnya.
Pada penghujung peraduan, peserta yang berjaya mengumpulkan mata ganjaran dengan jumlah tertinggi bakal membawa pulang ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000.
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Domino’s Pizza Malaysia, Singapura & Kemboja, Linda Hassan berkata, Peraduan Senang Menang menawarkan peluang yangistimewa untuk pelanggan syarikat itu terutamanya mereka yang ingin mendapatkan lebih wang tunai dan hadiah percuma semasa tempoh yang sukar ini.
Jelas beliau, pihaknya memberi jaminan bahawa peraduan ini amat mudah untuk dimenangi.
“Memenangi ganjaran adalah semudah menikmati piza dan minuman bersama keluarga dan rakan, serta mengumpulkan mata ganjaran dengan setiap pembelian.
“Sebagai jenama yang mengutamakan pelanggan, kami terus berusaha menepati janji jenama It’s All About You yang memberi keutamaan kepada pelanggan kami dalam setiap yang kami lakukan termasuklah memberi keselesaan dan mengukir
senyuman terutama dalam kesukaran yang dirasai ramai pada masa kini, sama ada dari segi kewangan mahupun emosi.
“Melalui peraduan mudah ini, kami berharap dapat menghidupkan semula semangat positif kepada golongan yang memerlukan.
“Menggabungkan sokongan pelanggan kami dengan pelbagai tawaran menakjubkan, kami berhasrat menghargai para pelanggan dan menyemarak semangat seluruh rakyat Malaysia.
“Semoga berjaya kepada semua peserta, kami amat menantikan
detik pengumuman para pemenang pada minggu-minggu yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Naib Presiden Pemasaran Etika, Yee Pek Kuan pula memberitahu, pihaknya prihatin dengan komuniti pada saat-saat kesukaran yang sentiasa menjadi keutamaan dalam budaya syarikat.
“Dalam pada masa kesukaran ini, kami akan terus menghulurkan bantuan dan penghargaan kepada pelanggan kami melalui peraduan dan kempen-kempen yang menggembirakan.
“Kami menghargai hubungan baik yang telah lama terjalin bersama Domino’s, yang akan mendorong kami mencipta kenangan yang indah buat rakyat Malaysia,” katanya.
Sementara itu, peraduan Senang Menang terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang membeli apa jua piza dan minuman dengan perbelanjaan minimum serendah RM10.
Penyertaan hanyalah sah bagi pesanan yang dibuat melalui laman web, aplikasi, kedai, atau talian (1300-888-333) Domino’s Pizza Malaysia semasa tempoh peraduan.
Untuk menyertai peraduan ini, sila layari laman web
http://senangmenang.dominos.com.my/ dan ikuti langkah-langkah yang telah disediakan.
Setiap pembelian akan membolehkan peserta untuk mengumpul mata ganjaran berdasarkan kepada harga pesanan di setiap resit.
Menggunapakai format berdasarkan mata ganjaran, hadiah akan diberikan kepada para pemenang mengikut jumlah mata ganjaran terkumpul.
Mata ganjaran akan dikira setiap minggu bermula dari Isnin dan berakhir pada Ahad.
Bagi yang ingin mengumpulkan lebih banyak mata ganjaran untuk menambah peluang kemenangan, ini adalah beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk menggandakan mata ganjaran anda.
Pesan piza Spicy Fling atau pizza dengan lebih keju dan minuman untuk dua kali ganda mata ganjaran. Bagi tiga kali ganda mata ganjaran pula, pesanlah piza Spicy Fling danmpiza dengan lebih keju minuman.
Peraduan Senang Menang bermula sejak 5 Julai lalu sehingga 5 September ini.
Peserta wajib menjawab satu soalan mudah untuk melayakkan diri, penyertaan yang salah atau tidak lengkap akan dibatalkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut atau menyemak jumlah mata ganjaran, anda boleh hantarkan permintaan anda ke [email protected]
Jangan lupa nikmati penjimatan luar biasa dengan promosi Beli 1 Percuma 2 yang merangkumi penghantaran percuma dan jaminan penghantaran kurang daripada 30 minit.
Untuk setiap pesanan bawah pulang, terdapat jaminan penyediaan pizza 15 minit dan diskaun sebanyak 50 peratus dengan promosi Everyday Value. – MalaysiaGazette