Home Nasional Bekalan oksigen Hospital Selayang mencukupi

Bekalan oksigen Hospital Selayang mencukupi

MGF100721_PENGARAH-KESIHATAN-SELANGOR_00-640x427
Dr Sha’ari Ngadiman

KUALA LUMPUR – Hospital Selayang mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi pada masa ini iaitu sebanyak 1,325 port.

Malah, pengurusan Hospital Selayang atau kakitangan hospital juga tidak meminta mana-mana pihak untuk mengumpulkan dana untuk membeli keperluan bekalan oksigen.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman menegaskan, inisiatif kutipan dana itu tidak dilakukan oleh mana-mana pihak Hospital Selayang.

Beliau merujuk isu yang tular pada 7 Julai lalu yang mendakwa berlaku kekurangan bekalan oksigen di Hospital Selayang. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts