Home Nasional Hospital Banting diarah lakukan siasatan dalaman – Dr Adham

Hospital Banting diarah lakukan siasatan dalaman – Dr Adham

Dr. Adham Baba
KOTA TINGGI – Hospital Banting diarah melakukan siasatan dalaman terhadap dakwaan menerima suntikan ‘vaksin kosong’ yang dibuat seorang lelaki baru-baru ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba ketika dihubungi berkata, beliau tidak dapat mengulas lebih lanjut berkaitan isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kita telah pun menghubungi Pengarah Hospital Banting supaya melakukan siasatan terperinci kepada vaksinator terbabit.
“Kita minta hospital melihat kesahihan laporan polis yang dibuat oleh lelaki berkenaan,” katanya yang mengesahkan pengarah hospital tersebut telah telah menemui vaksinator tersebut dan dia adalah memberi alasan berhubung kejadian itu.
Rabu lalu, seorang lelaki dari Kapar, Klang membuat lapòran polis, mendakwa dirinya menerima “vaksin kosong”.
Adham memberitahu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneliti semua hasil siasatan termasuk polis dan siasatan dalaman termasuk kesilapan teknikal akibat ketidakpatuhunan prosedur yang mungkin berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.
“Kita juga perlu lihat kebenaran video itu,” ujarnya yang menegaskan semua vaksinator telah diberikan garis panduan dan ada prosedur yang perlu dipatuhi termasuklah menunjukan dos sebelum dan selepas memberi vaksin kepada penerima.
Semalam pula, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dilaporkan berkata, KKM akan membuat satu siasatan menyeluruh daripada pelbagai sudut berhubung dakwaan berkenaan.-MalaysiaGazette