Home Ekonomi KPMG akan cabar saman Kerajaan Malaysia, 1MDB

KPMG akan cabar saman Kerajaan Malaysia, 1MDB

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meminta ganti rugi lebih daripada AS $ 5.6 bilion daripada rakan-rakan KPMG atas tuduhan pelanggaran dan kecuaian yang berkaitan dengan skandal rasuah di dana tersebut.

Firma audit KPMG menolak tuduhan itu dan akan mencabar dakwaan dalam saman yang difailkan ke atas 44 rakan kongsinya.

Dakwaan yang dikaitkan susulan dakwaan kecuaian dan pelanggaran kontrak dalam audit penyata kewangan bermula 2010 hingga 2012.

“Semua tuduhan seperti yang dilaporkan dalam berita itu dibantah dan semua dakwaan tersebut akan dicabar,” kata KPMG dalam kenyataan yang emel kepada Reuters.

Semalam, Kementerian Kewangan mengesahkan telah memfailkan saman terhadap firma perakaunan KPMG PLT.

Saman itu dikemukakan pada 6 Julai lalu.

Kerajaan Malaysia, Menteri Kewangan Inc, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikat 1MDB merupakan plaintif dalam tuntutan tersebut.

Jurucakap MOF berkata, tuntutan tersebut berkaitan dengan kerja-kerja audit 1MDB oleh KPMG bagi tahun 2010 hingga 2012.

Oleh kerana kes ini sudahpun difailkan di mahkamah, MOF tidak dapat mengulas lanjut kerana akur peraturan subjudis. – MalaysiaGazette