Home Nasional Penerima e-Kasih terharu MB Johor serah sendiri sumbangan

Penerima e-Kasih terharu MB Johor serah sendiri sumbangan

Hasni Mohamad berbual dengan Mohamad Darwish.

JOHOR BAHRU –  Beberapa  penerima  e-Kasih menzahirkan rasa syukur dan terima kasih mereka  atas  keprihatinan kerajaan negeri terutama kepada  Menteri  Besar Johor ,Datuk Hasni Mohamad kerana sudi menyampaikan sendiri sumbangan  RM500 menerusi  Pakej  Rangsangan Ekonomi  (PRE) Ihsan Johor 3.0 kepada  mereka.

Penerima, Zainal  Mohamad Darwish, 58,  tidak menyangka pemimpin nombor satu Johor itu sanggup berkunjung ke  rumahnya  di Kampung Bakar Batu, di  sini  untuk menyampaikan bantuan tersebut.

Beliau sama sekali  tidak menyangka menteri  besar sudi  berkunjung ke  rumah saya  dan menyampaikan sendiri  bantuan ini.
”Saya  rasa  sangat  gembira  dan bantuan ini sememangnya  membawa  makna  besar kepada  saya  dan keluarga.
 “Sejak saya  kehilangan pekerjaan akibat  kaki  dipotong sejak tahun 2019, kami  kehilangan punca  pendapatan.
” Kami  sekeluarga  hanya bergantung dengan bantuan kewangan daripada  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang disalurkan secara  bulanan,”  katanya.
Terdahulu,  Hasni telah bertemu sendiri dengan enam  keluarga  penerima e-Kasih  di daerah ini  untuk menyampaikan wang tunai yang diberikan menerusi  PRE  Ihsan Johor 3.0 termasuk sumbangan barangan keperluan asas.
Sementara  itu, seorang lagi penerima Tee  Ah Ee, 70, turut  menyifatkan bantuan yang diberikan kerajaan Johor  itu amat  bermakna  baginya  dalam  mendepani  pandemik Covid-19.
Tee Ah Ee, salah seorang penerima e-Kasih gembira menerima kunjungan  Hasni Mohamad yang menyampaikan sendiri sumbangan RM500 menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.
Lebih menyentuh hatinya, apabila Menteri Besar Johor sendiri sanggup berkunjung di kediamannya untuk menyerahkan sendiri bantuan berkenaan.
”Saya  tinggal  seorang di  rumah, faktor usia  dan keadaan kita  kini  yang sedang menjalani  tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan saya untuk keluar dari  rumah untuk membeli  barangan keperluan,” katanya.
Selain itu, Hasni turut meluangkan masa menyampaikan bantuan kepada keluarga
penerima  bantuan PRE  Ihsan 3.0, Rajkumaaran a/l Muruga.
Rajkumaran, 23, menyifatkan Hasni sebagai pemimpin berhati mulia dan peka terhadap masalah rakyat Johor.
Akuinya, bantuan itu sudah pasti melegakan keluarganya  disebabkan ibunya yang bekerja  sebagai  pembantu restoran diberhentikan kerja  akibat  PKP.
“Ayah merupakan orang kurang upaya  (OKU) dan saya  merupakan seorang pelajar. Sebelum  ini, kami  bergantung hidup dengan pendapatan ibu sebagai pembantu restoran, namun PKP  ini  dia  tidak dapat  bekerja.
“Dengan adanya  bantuan daripada  Kerajaan Negeri  Johor, ia  sedikit sebanyak membantu kami  sekeluarga  menjalani  tempoh yang sukar ini,” katanya.-MalaysiaGazette