KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang wanita India yang menyusup masuk ke dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebuah PPR di kawasan Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, petang semalam.
Perbuatan wanita itu dikesan tular menerusi video berdurasi 30 saat pada jam 9 malam tadi.
Suspek di dalam video ini memakai baju warna gelap dan seluar putih dilihat telah menyusup masuk seorang diri ke dalam kawasan PPR tersebut melalui pagar berduri jenis dawai besi yang diletakkan di sekeliling blok, kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar.
Menurut beliau, suspek yang disyaki menetap di Puchong.
Dia dipercayai masuk ke dalam kawasan PKPD untuk menziarahi neneknya.
Anur berkata, usaha mengesan individu terlibat sedang giat dijalankan.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apaapa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette