KUALA LUMPUR – Kali terakhir England menjulang trofi apabila memenangi Piala Dunia 1966.
Selepas itu, mereka berdepan badi kerana tewas peringkat separuh akhir dalam lima kejohanan utama selepas itu Euro ’68 dan ’96, Piala Dunia 1990 dan 2018 dan UEFA Nations League 2019.
Namun pada Euro 202, England menampilkan aksi luar biasa selepas menewaskan Jerman dan Ukraine dan sejarah terus tercipta apabila negara itu menyekat kemaraan Denmark sekali gus mendapat peluang untuk mengakhiri penantian 55 tahun.
Bagi Itali pula, mereka hanya sekali bergelar Raja Eropah apabila muncul ketika mereka menjadi tuan rumah pada tahun 1968.
Tewas di final pada tahun 2000 dan 2012, skuad Azzurri kini dengan misi menebus kekalahan itu selepas berjaya mengalahkan Sepanyol dalam separuh akhir menerusi sepakan penalti, Selasa lalu.
Namun, Stadium Wembley pagi ini bakal berpesta lagi untuk menjadi pembakar semangat buat tuan rumah.
Kata jurulatih Itali, Roberto Mancini, kejayaan hanya diiktiraf sekiranya anak buahnya menang dan menjulang trofi.
Bagi Kapten England, pasukannya hanya selangkag mencipta sejarah dengan peluang kini di depan mata.
Apa pun jika tanya siapa yang bakal muncul juara, rakyat Malaysia yang rata-ratanya pengikut setia Liga Perdana Inggeris pasti menyokong England.
Walaupun tiada restoran-restoran mamak akan dibanjiri orang ramai untuk sama-sama menyaksikan perlawanan, sokongan tetap diberikan.
Cuma kemeriahan tidak sama lagi. Jadi siapa bakal bergelar ‘Raja Eropah’? Semuanya bakal terjawab pukul 3 pagi esok pada aksi final Euro 2020. – MalaysiaGazette