KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan tidak sepatutnya menuduh UMNO ingin merampas kuasa sebaliknya perlu sedar keadaan negara kini semakin kritikal.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid berkata, Parlimen sepatutnya tidak ditutup sejak awal jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu seluruh parti menumpukan usaha menangani pandemik Covid-19.
Jelasnya, Parlimen merupakan platform terbaik untuk membincangkan dan mendapatkan pandangan daripada seluruh ahli dewan yang telah dipilih oleh rakyat sebagai wakil dan suara mereka.
“Ini bukan agenda peribadi sesiapa pun tetapi adalah fakta umum yang dikongsi bersama oleh segenap rakyat di negara ini. Ini adalah agenda menyelamatkan negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mustafa mendakwa Bersatu kini terdesak sehingga Wan Saiful menerusi kenyataannya berkata tuduhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya tohmahan pembangkang.
“Bersatu langsung tidak menjawab setiap satu kegagalan tersebut dengan mengemukakan jawapan balas mahupun sedikit penjelasan mengapa kegagalan tersebut berlaku tetapi ingin mengalihkan pandangan kononnya YB Presiden UMNO bertindak atas kepentingan peribadi,” tambahnya.
Semalam, Wan Saiful Wan Jan menolak tuduhan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan telah gagal memenuhi aspirasi rakyat.
Beliau menganggap, tuduhan-tuduhan Presiden UMNO hanya sekadar ulang suara tohmahan yang sering disebut oleh pembangkang, terutama PKR dan DAP.-MalaysiaGazette
BETUL KE KALAU PARLIMEN TUTUP KES DAPAT DIKURANGKAN..ADA FAKTA DARI PIHAK KERAJAAN KE TENTANG HAL NI.