Home Nasional Alhamdulillah..Sinovac diiktiraf Arab Saudi

Alhamdulillah..Sinovac diiktiraf Arab Saudi

Petugas menggunakan vaksin jenis Sinovac untuk diberikan kepada warga emas di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 JUN 2021.
Foto hiasan

KUALA LUMPUR- Akhirnya kerajaan Arab Saudi memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin Covid-19 yang diterima oleh negara berkenaan.

Perkara itu dikongsikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad  Al-Bakri dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya malam tadi.

“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.

“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Senarai vaksin yang diiktiraf oleh Arab Saudi.

Sebelum ini, Arab Saudi hanya mengiktiraf vaksin keluaran Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Jansen dan Sinopharm.

Ini menimbulkan keresahan rakyat Malaysia yang telah disuntik dengan vaksin Sinovac keluaran China.- MalaysiaGazette