Home Ekonomi Brent kekal lepasi AS$75 setong

Brent kekal lepasi AS$75 setong

Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak mengalami perubahan sedikit pada awal dagangan hari ini kerana kebuntuan dalam perbincangan antara pengeluar utama untuk meningkatkan pengeluaran dalam beberapa bulan mendatang menjadikan bekalan semakin ketat.

Minyak mentah Brent untuk September turun AS$0.04 kepada AS$75.51 setong pada 0032 GMT sementara West Texas Intermediate (WTI) untuk bulan Ogos naik AS$0.01 kepada AS$ 74.57 setong.

Harga minyak merosot Selasa lalu selepas Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, sebuah kumpulan yang dikenali sebagai OPEC +, tidak mencapai kesepakatan untuk meningkatkan pengeluaran mulai bulan Ogos.

Ini kerana Emiriah Arab Bersatu menolak cadangan lanjutan untuk mengurangkan pengeluaran OPEC+ selama lapan bulan lagi.

“Ketidakpastian telah berlegar dalam pasaran setelah kebuntuan OPEC mengenai kenaikan pengeluaran pada masa depan.

”Sekiranya tidak ada kesepakatan, pemotongan pengeluaran semasa tetap berlaku, yang seharusnya menyaksikan pasaran lebih ketat di tengah-tengah permintaan kukuh,” kata penganalisis ANZ dalam nota penyelidikannya.

Niaga hadapan minyak mentah WTI bulan depan mencatat kenaikan mingguan keenam minggu lalu setelah laporan kenaikkan harga dari Pentadbiran Maklumat Tenaga AS menunjukkan stok minyak mentah dan petrol AS jatuh, sementara permintaan petrol mencapai paras tertinggi sejak 2019. – MalaysiaGazette