Home Politik Kalau belanja RM500 bilion, sudah pasti tiada kibaran bendera putih – Khaled

Kalau belanja RM500 bilion, sudah pasti tiada kibaran bendera putih – Khaled

Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sekiranya kerajaan membelanjakan peruntukan yang besar, sudah pastinya tidak akan ada kibaran bendera putih.

Jelasnya lagi, kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun bahawa kerajaan sudah membelanjakan RM500 bilion dalam tempoh setahun penularan pandemik Covid-19 juga dilihat tidak tepat.

“Jika kerajaan belanja RM500 bilion untuk bantuan, pastinya tidak ada bendera putih,” katanya ringkas di Twitter beliau hari ini.

Bekas Menteri Besar Johor itu mengulas mengenai kenyataan Rina semalam yang kerajaan telah membelanjakan RM500 bilion dalam bentuk bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Selain itu kata Rina, kerajaan sudah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang mana dilakukan untuk mendepani kesan akibat penularan Covid-19.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. CAKAP BANYAK MASA BERKUASA DAHULU XBAWA SEBARANG PERUBAHAN PUN. KERAJAAN SEDIA ADA TELAH MEMBUAT PELBAGAI CARA UNTUK MEMBANTU RAKYAT..HANYA ORANG POLITIK MACAM SAJA YANG XPERNAH MENGHARGAI KERAJAAN SEBAB TIDAK ADA LAGI KUASA. SEPATUTNYA BERSYUKUR TELAH DILANTIK MENJADI PENGERUSI GLC KERAJAAN PERSEKUTUAN. KALAU ASYIK BANGKANG AJE DENGAN KERAJAAN SEDIA ADA LETAK LAH JAWATAN YANG DISANDANG TU.

Comments are closed.