Home Politik Tak cukup ruang urus mayat, HTAR sepatutnya mohon bantuan awal – Gunaraj

Tak cukup ruang urus mayat, HTAR sepatutnya mohon bantuan awal – Gunaraj

Sebahagian pesakit Covid-19 yang dirawat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan wajib menambah kontena sejuk beku bagi membolehkan mayat pesakit Covid 19  jika bilik menyimpannya sudah penuh seperti keadaan yang berlaku di  Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR).

Perkara itu disuarakan Ketua PKR Kota Raja, Dr. Gunaraj George yang turut menyarankan agar kerajaan menambah infrastruktur kesihatan lain seperti fasiliti wad Unit Rawatan Rapi (ICU), tangki oksigen, alat ventilator dan menaik taraf katil pesakit di HTAR.

Situasi genting di HTAR tidak sepatutnya berlaku jika pihak Kementerian Kesihatan membuat persediaan awal selepas mendapati kes harian positif di Klang menunjukkan peningkatan sejak beberapa bulan lalu.

“Pengurusan krisis yang sangat lemah dan kurang koordinasi menyebabkan keadaan di HTAR semakin parah,” dakwa Gunaraj dalam kenyataan hari ini.

Dr. Gunaraj

Selain itu, beliau turut dihubungi keluarga waris pesakit Covid 19 yang telah meninggal dunia yang melahirkan kekecewaan mereka mengenai tatacara pengurusan mayat di HTAR.

Jelasnya, pihak hospital didakwa mengambil masa berhari-hari selepas pesakit meninggal dunia untuk proses pengurusan mayat.

Justeru, beliau menyarankan pengurusan HTAR memohon bantuan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Selangor untuk membuat persediaan awal mendepani krisis yang berlaku. – MalaysiaGazette