Home Seni Hidup Tak salah pilih vaksin, bukan minta dadah – Ifa Raziah

Tak salah pilih vaksin, bukan minta dadah – Ifa Raziah

Ifa Raziah. Foto HAZROL ZAINAL.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan usahawan terkenal, Ifa Raziah berharap netizen  tidak lagi mempertikaikan keputusannya untuk memilih jenis vaksin.

Dalam satu hantaran di Insta Story, Ifa, 45 menyatakan ia terpulang kepada dirinya sendiri untuk membuat pilihan.

“Kalau aku nak pilih Pfizer ke, Sinovac ke, tak salahkan? Bukannya aku minta dadah!

“Yang penting aku nak ambik vaksin, bukannya nak menghasut orang lain jangan ambil vaksin. Terima kasih jadikan isu ini viral,” tulisnya.

Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Ser Ser Ser dikecam segelintir netizen kerana sanggup membatalkan temujanji untuk mendapatkan vaksin Pfizer.

Insiden itu berlaku ketika dia hadir di di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan ditetapkan untuk mendapat vaksin jenis Sinovac.

Namun dia membatalkan temu janji kerana ingin mendapatkan vaksin Pfizer.

“Yang penting bukan Miss Diva bukan mengada-ngada tak nak kena cucuk, doktor yang tak bagi cucuk,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi satu video lain yang dimuat naik, Ifa menyatakan dia inginkan vaksin Pfizer kerana mahu pergi ke Singapura.

“Mak hatam nak pergi oversea nak pergi Singapora, kenalah ambik Pfizer. Nak pergi umrah, nak pergi shopping kenalah ambik Pfizer,” ujarnya. – MalaysiaGazette