Home Dunia Terdapat 1.8 juta kereta bahaya di atas jalan Arab Saudi

Terdapat 1.8 juta kereta bahaya di atas jalan Arab Saudi

Panggilan semula kenderaan berisiko tidak mendapat maklum balas positif dalam kalangan pemilik kereta di Arab Saudi. foto Agensi

RIYADH – Terdapat kira-kira 1.8 juta kereta di atas jalan raya di Arab Saudi telah dipanggil balik kerana menimbulkan ancaman besar bagi pengguna jalan raya setiap hari.

Kementerian Perdagangan mendesak pengguna untuk memberi maklum balas terhadap kempen tersebut bagi memastikan keselamatan dan melindungi hak mereka.

Kementerian tersebut mempunyai Pusat Panggilan Produk yang Cacat bertujuan menangani kenderaan dan produk yang rosak.

Kereta lama  mencetuskan pencemaran bahaya pada alam sekitar.

Kementerian itu memberitahu, ada banyak kenderaan dan produk yang harus ditarik balik tetapi pemiliknya tidak memberi respons terhadap kempen tersebut, yang sebenarnya menimbulkan bahaya bagi mereka dan keluarga.

Selain kereta, panggilan semula itu turut melibatkan lebih daripada 300,000 peralatan isi rumah dan lebih daripada 50,000 permainan kanak-kanak.

Panggilan semula adalah sistem global untuk barang dan produk yang setelah digunakan didapati cacat dan perlu ditarik balik.

Kementerian itu menegaskan potensi risiko ke atas kereta yang dipanggil balik adalah kemalangan lalu lintas, kebakaran, kerosakan.

Manakala bagi barangan permainan pula berisiko mencetuskan kes-kes tercekik oleh anak-anak.

Kementerian itu telah melancarkan 1,156 kempen panggilan semula kenderaan dan produk sejak melancarkan laman web Pusat Pengambilan Produk Rosak pada tahun 2018. – MalaysiaGazette