Home Seni Hidup Vaksin: Ifa Raziah batal temu janji sebab tak dapat Pfizer

Vaksin: Ifa Raziah batal temu janji sebab tak dapat Pfizer

Ifa Raziah.

KUALA LUMPUR – Nama pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah menjadi kontroversi selepas dia membatalkan janji temu vaksinasi di saat akhir kerana tidak mendapatkan vaksin Pfizer.

Video yang tular di media sosial itu bagaimanapun dinafikan Ifa yang menjelaskan tindakannya itu tiada kena mengena dengan memilih jenis vaksin.

“Miss Diva terpaksa batalkan vaksin hari ini (semalam) kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC. Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin,” tulisnya.

Pada hantaran lain di Instagram, Ifa berkata dia bukan sengaja bertindak sebegitu tapi memandangkan vaksin jenis Pfizer saja diyakini sesuai dengan dirinya yang mempunyai masalah kesihatan.

“Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan bekalkan penerima dengan vaksin Pfizer. Tapi, jadi lain pula apabila saya nak Pfizer dan diberi Sinovac,” katanya.

Namun tindakan berani Ifa itu menjadi kecaman netizen kerana masih ramai orang yang sukar mendapatkan tarikh temu janji vaksinasi.

Sebaliknya, Ifa pula sanggup membatalkannya. – MalaysiaGazette