KUALA LUMPUR – Seramai 110,284 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat manfaat di bawah Program PRIHATIN Kasih bagi membantu kos sara hidup golongan miskin bandar.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, program itu melibatkan peruntukan RM100 juta di bawah pakej Program Strategik Memperkerkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
Jelas beliau, program bantuan barangan dapur itu disalurkan secara tanpa tunai atau cashless melalui penggunaan MyKad dan akan memanfaatkan300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara.
“Keluarga yang menerima PRIHATIN Kasih telah dipilih daripada keluarga miskin bandar dengan mengambil kira pangkalan data dari JKM dan e-Kasih yang seterusnya disemak silang dengan pengkalan data Bantuan Prihatin Rakyat(BPR).
“PRIHATIN Kasih melibatkan bantuan bulanan sebanyak RM100 setiap bulan selama tiga bulan yang boleh digunakan untuk pembelian barangan makanan asas seperti makanandalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan sesi turun padang bersama MyKasih Foundation di The Store, Pudu Plaza di sini hari ini.
Rina menambah, Program PRIHATIN Kasih ini melibatkan lebih daripada 300 rantaian pasar raya dan kedai di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores(Tesco) serta kedai-kedai runcit.
Katanya, fasa perrtama yang telah dilaksanakan bermula pada1Julai lalu di Selangor dan Kuala Lumpur telah menunjukkan maklum balas positif dari para penerima.
“Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat dibawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat,” katanya.
Sementara itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai PRIHATIN Kasih di www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih. – MalaysiaGazette
Ramai penerima bantuan ada yg warga emas dan mereka yg x sehat, macam mana diorg nk g beli brg² x x kan nk suh diorg yg pergi beli brg² tu..