Home Nasional Laluan kontra antara Tanjung Kupang dan Lima Kedai mulai esok

Laluan kontra antara Tanjung Kupang dan Lima Kedai mulai esok

KUALA LUMPUR – Laluan kontra akan diaktifkan di antara KM7.2 hingga KM8.5 (Arah Utara) di antara Tanjung Kupang dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) selama tiga hari mulai jam 8 malam esok sehingga jam 6 pagi, 16 Julai 2021 (Jumaat).

Ia bagi membolehkan kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan dan kerja berkaitan dilaksanakan dengan lancar oleh kontraktor Projek Pembangunan Gerbang Nusajaya dijalankan, kata PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Justeru, pelanggan yang menghala ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan
maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. – MalaysiaGazette