Home Nasional Ulama terkenal Yemen meninggal dunia pada usia cecah 100 tahun

Ulama terkenal Yemen meninggal dunia pada usia cecah 100 tahun

Al-Allamah Syeikh Muhammad Ismail al-Imrani.

KUALA LUMPUR – Seorang tokoh ulama terkemuka Yemen iaitu al-Allamah Syeikh Muhammad Ismail al-Imrani meninggal dunia hari ini pada usia mencecah hampir 100 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi berita sedih itu di laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Beliau berkata, pemergiaan Allahyarham amat terasa kerana Syeikh Muhammad telah mewakafkan dirinya hampir 80 tahun sebagai tenaga pengajar, mufti dan pembawa risalah kasih sayang dan kedamaian.

“Pagi tadi saya mendapat berita dukacita dengan kematian seorang tokoh ulama’ terkemuka daripada bumi Yaman, iaitu al-Allamah Syeikh Muhammad bin Ismail al-Imrani dalam usia mencecah hampir 100 tahun.

“Beliau mewakafkan dirinya hampir 80 tahun sebagai tenaga pengajar, mufti & pembawa risalah kasih sayang dan kedamaian disamping membina ukhuwwah dan sifat toleransi.

“Dunia Islam kehilangan ulama’ senior di Yaman yang berpengaruh dan mempunyai suara di peringkat dunia. Hasil didikan beliau, lahir ramai tokoh ulama’, qadi dan pendakwah. semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya bersama salafus soleh,” tulisnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.