Home Nasional Identiti suspek langgar MPV polis sudah dikenalpasti

Identiti suspek langgar MPV polis sudah dikenalpasti

ACP Abd Khalid Othman

SUBANG JAYA – Polis telah mengenal pasti identiti suspek lelaki yang bertindak melanggar kereta peronda polis (MPV) ketika melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway, di sini dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek adalah warga tempatan.

“Polis menemui kenderaan dinaiki suspek yang telah ditinggalkan di susur Jalan NPE Sunway menghala Kuala Lumpur pada 11 Julai lalu sekitar jam lebih kurang 8 malam.

“Setakat ini, tiada rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian dan usaha memburu dan menjejaki suspek masih diteruskan,” katanya menerusi kenyataan petang tadi.

Pada Sabtu lalu, seorang lelaki bertindak melanggar MPV berkenaan ketika melarikan diri daripada pemeriksaan SJR di jalan itu sekitar jam 7.25 pagi.

Semasa kejadian itu, anggota unit cawangan MPV terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum diarah berhenti untuk pemeriksaanm lanjut.

Namun, suspek kemudian bertindak melanggar kenderaan dinaiki polis sebelum melarikan diri.- MalaysiaGazette