Home Utama Jemaah Kabinet sokong Muhyiddin

Jemaah Kabinet sokong Muhyiddin

MGF18062021__PM-PIKAS8-640x427
Muhyiddin Yassin

 

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Jemaah Menteri sebulat suara untuk kekal memberi sokongan kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

”Ahli-ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira
pandangan semua pihak,” kata ahli-ahli Jemaah Menteri dalam kenyataan di sini.

Menurut mereka, keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts

1 Komen

  1. Kabinet seramai2 lebih 70 org..dah tentu lah sokong sebab Muhyidin yg lantik! cuba tanya rakyat sokong ke tidak??

Comments are closed.